Followers

Friday, March 29, 2013

Tiram

Saya ingin berkongsi satu cerita iaitu kisah
anak tiram. Al-kisah anak tiram yang merintih
kepedihan kerana tubuhnya dimasuki pasir.
Anak tiram merintih dan berkata kepada
ibunya, "Wahai ibu, sakitnya badanku ini. Tak
tertahan pedihnya dek kerana pasir-pasir
ini". Jawab ibu tiram, "Aduhai anakku, kita
tidak ada pilihan lain utk terus hidup, kita
tiada tangan untuk mengeluarkan pasir itu.
Bertahanlah wahai anakku".
Anak tiram merintih lagi, "Tapi ibu, saya tidak
dapat menahannya lagi...terlalu pedih".
Jawab ibu tiram "Keluarkanlah air liur mu
wahai anakku, ibu percaya air liur itu akn
mengurangkan rasa pedih mu wahai anakku".
Begitulah, hari demi hari anak tiram dan ibu
tiram melalui perjalanan hidup sedemikian.
Tetapi, akhirnya terhasillah "MUTIARA" yang
sangat berharga di dalam tubuh tiram-tiram
tersebut.
Sesungguhnya kejayaan yang diraih perlu
dibayar dengan suatu 'Nilai' yang amat
tinggi...

C&P

salam jumaat...

Hari ini cuti sempena good friday..boleh lah merehatkan minda dan badan..samping itu boleh meluangkan masa dengan orang2 kita sayang ..kepada kaum adam jangan lupa tanggungjawab anda hari ini,iaitu solat jumaat lah.. :) 





Thursday, March 28, 2013

2013

Mengaktifkan balik buah hati pengarang jantung aku ni.. Jom berblog hehe




COPYRIGHT by sam's sir's samsiah